Season 2
Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) melalui fasa yang bahagia melayari rumah tangga bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua. Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis? Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.
Episode
Episode 1
Aminah dan Adam melalui fasa yang bahagia melayari rumah tangga bersama anak mereka, Raykal. Aminah kemudian disahkan hamil anak kedua.
Episode 2
Aminah mengalami pendarahan dan perlu rehat yang secukupnya. Adam risau dengan keadaan Aminah. Perangai Haziqah pula semakin menjadi-jadi. Sally semakin stres berkenaan zuriat.
Episode 3
Aminah mulai sedih apabila dia dapat tahu yang dia kehilangan anak yang dia kandung. Adam cuba pujuk Aminah untuk tidak terlalu memikirkannya.
Episode 4
Keadaan emosi Aminah semakin teruk sehingga dia mula kemurungan dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Adam dan anaknya mula terasa disisihkan. Aminah juga berdegil tidak mahu dibantu oleh sesiapa.
Episode 5
Adam mahu Aminah berjumpa dengan doktor pakar untuk kemurungannya. Aminah menolak dan mengamuk. Adam dan orang sekeliling Aminah semakin stress kerana Aminah tidak mahu dibantu. Omar cuba mencari kemaafan kepada Aminah dan keluarganya.
Episode 6
Aminah mula mengabaikan Raykal dan ini membuatkan anaknya itu sedih. Adam cuba memujuk untuk anak tersebut memahami ibunya. Sam cadangkan pada Adam untuk bawa Aminah pulang ke Madrasah. Sam terjumpa Omar dan Omar bertanyakan tentang Aminah.
Episode 7
Aminah semakin degil. Adam sudah tidak bersabar lagi. Adam meminta pertolongan dari keluarga Aminah. Sehingga satu hari, Aminah meminta sesuatu yang membuatkan Adam terkejut.
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 16
Episode 17